Friday, January 21, 2011
Wednesday, January 5, 2011
TABIKA PERPADUAN
Pengenalan Tabika Perpaduan
Program Tabika Perpaduan Taman Desa Kemboja diperkenalkan pada tahun 1998 Ianya merupakan program pendidikan prasekolah yang disediakan untuk penyertaan kanak-kanak berbilang kaum yang berumur dalam lingkungan 5-6 tahun.
Tabika Perpaduan dibuka di taman Kerana mempunyai Skim Rukun Tetangga bertujuan untuk menyemai nilai-nilai perpaduan sejak dari awal lagi. Disamping itu, tabika perpaduan ini juga bertujuan untuk mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak daripada pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan lagi kesefahaman diantara mereka.
Objektif
Objektif
Program Tabika Perpaduan bertujuan membolehkan kanak-kanak berbilang kaum menghayati nilai-nilai hidup bermasyarakat dan membentuk anak-anak yang memahami adat dan budaya yang pelbagai.
Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan pengunaan pelbagai pendekatan supaya aspek pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik, berkesan serta menggembirakan kanak-kanak berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Masa pengajaran dan pembelajaran adalah selama 3 jam sehari disamping aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu kelas dan dilaksanakan mengikut kesesuaian dengan persetujuan ibu bapa/penjaga.
Subscribe to:
Posts (Atom)